fbpx

Aifa mara ke final Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIFA (kanan) yang menghuni ranking ke-69 dunia berjaya melakukan kejutan apabila melangkah ke pentas final Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil semalam.

PEMAIN skuasy wanita sensasi negara, Aifa Azman terus mencipta kejutan dan kini hanya se­langkah lagi untuk menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia.

Kejayaan itu hadir selepas Aifa menyingkirkan pemain ranking ke-19 dunia yang juga pilihan kelima kejohanan dari Kanada, Da­nielle Letourneau 3-1 pada aksi separuh akhir di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil semalam.

“Danielle bermain dengan baik dan berjaya mencuri set ketiga. Saya berasa sangat lega apabila kembali ke gelanggang untuk memenangi set keempat.

“Saya sangat gembira kerana berjaya memenangi peringkat separuh akhir kejohanan berprestij seperti ini (Terbuka Malaysia). Saya tidak sabar untuk cuba menang aksi final nanti,” katanya selepas tamat perlawanan itu.

Aifa yang menghuni ranking ke-69 dunia membuka langkah kanan pada Terbuka Malaysia dengan kemenangan 11-8, 11-5, 11-3 ke atas Mayar Hany dari Mesir.

Pemain dari Kedah itu tidak lagi menoleh ke belakang apabila menyingkirkan dua lagi wakil Mesir Yathreb Adel dan Hana Ramadan untuk mara ke separuh akhir.

Aifa bermula cemerlang dengan mendahului Letourneau 2-0 (11-4, 11-7), namun lawan itu memperkemaskan permainan untuk memenangi set ketiga 5-11 sebelum bangkit mendominasi set keempat 11-3 sekali gus mara ke pentas final hari ini.

Sebagai rekod, Aifa muncul satu-satunya wakil negara selepas Rachel Arnold tersingkir di pe­ringkat suku akhir, manakala Ooi Kah Yan dan Chan Yiwen terkandas seawal pusingan pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI