fbpx

Impak Pedro bantu Lazio menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEDRO (kanan) yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menyumbang satu gol ketika Lazio membenam cabaran Lokomotiv awal pagi semalam. – AFP

MOSCOW – Pengendali Lazio, Maurizio Sarri memuji impak yang diberikan oleh pemain sayap veteran, Pedro selepas membantu pasukan memenangi aksi Liga Europa menentang Lokomotiv Moscow dengan keputusan 3-0 awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, dua gol hasil ledakan penyerang utama, Ciro Immobile dan satu jaringan lagi disumbangkan oleh Pedro telah membantu kelab Serie A itu meloloskan diri ke peringkat kalah mati secara automatik.

Kata Sarri, keputusan untuk memasukkan bekas pemain Barcelona berusia 34 tahun itu pada awal babak kedua telah mengubah lanskap perlawanan sehingga menyaksikan jentera serangan lebih tajam dan berjaya menjaringkan tiga gol.

“Saya sangat berpuas hati dengan prestasi pasukan meskipun pada babak pertama agak bergelut selepas pasukan tuan rumah memberikan tentangan yang cukup sengit dengan tidak membenarkan kami selesa me­ngawal bola seperti biasa.

“Namun, situasi berbeza pada babak kedua apabila saya melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan Pedro dan keputusan tersebut telah me­ngubah corak permainan. Meskipun sudah berusia, Pedro masih lagi memiliki kualiti setara pemain kelas dunia dan saya gembira mewakili pasukan kami,” katanya.

Sementara itu, bekas pengendali kelab Chelsea itu tidak mahu pa­sukannya mendabik dada sebaliknya fokus untuk mengharungi perlawanan getir bertemu Napoli pada perlawanan Serie A awal pagi Isnin di Stadium Diego Maradona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI