fbpx

8 kategori pesakit boleh ditemani, terima pelawat – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan hanya lapan kategori pesakit yang boleh ditemani penjaga atau menerima pelawat dengan prosedur operasi standard (SOP) berkuat kuasa serta merta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengemas kini polisi lawatan untuk penjaga dan pelawat hospital di bawah kementeriannya, selari dengan perkembangan semasa Covid-19.

Katanya, keputusan ini bertujuan untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 di hospital malah ia penting bagi melindungi pesakit, pelawat dan petugas kesihatan serta memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berterusan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, lapan kategori pesakit itu ialah pesakit berpenyakit kritikal, pesakit yang memerlukan penjagaan palliatif, pesakit yang tenat, pesakit kurang upaya, pesakit warga emas, pesakit yang memerlukan bantuan komunikasi, pesakit kanak-kanak dan ibu di dalam proses bersalin.

“Bagi pelawat atau penjaga yang dibenarkan untuk melawat dan menjaga pesakit mestilah berusia 18 tahun dan ke atas, lengkap vaksinasi Covid-19 dan tidak tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 seperti warga emas.

“Mempunyai pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah, tidak disyaki menghidapi Covid-19 atau individu dalam pemantauan (PUS) dan tidak mempunyai gejala Covid-19 serta mengisi borang deklarasi Covid-19 serta mematuhi SOP dan memakai alat pelindung diri (PPE) seperti yang ditetapkan.

Khairy Jamaluddin berkata, bagi penjaga pula, mereka perlu menjalani ujian saringan Covid-19 iaitu RT-PCR atau RTK Antigen dalam masa 72 jam sebelum masuk ke hospital dan disahkan negatif, manakala peneman ibu mengandung semasa proses bersalin hendaklah menjalani ujian saringan RT-PCR atau RTK Antigen atau RTK Antigen air liur semasa ketibaan di hospital dan disahkan negatif.

Katanya, bagi pesakit yang menerima rawatan pesakit luar atau Jabatan Kecemasan, hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI