PETALING JAYA – Tular sebuah video di dalam media sosial berkenaan seorang wanita yang terkejut apabila melihat tiket ‘parking’ keretanya dipercayai di sebuah pusat membeli belah telah mencecah sehingga ribuan ringgit.
Melalui perkongsian video oleh @airaazmi20 di laman aplikasi TikTok, wanita itu memasukkan tiket parkir tersebut di mesin pembayaran tiket dan harga yang perlu dibayar ialah sebanyak RM 1054.
Berdasarkan video berdurasi 13 saat itu, difahamkan wanita berkenaan sebenarnya telah tersimpan tiket itu selama sebulan selepas palang parkir di pusat membeli belah itu tidak berfungsi dahulu.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan orang ramai masih mempersoalkan bagaimana kereta wanita itu boleh keluar dari kawasan tersebut walaupun sudah dijelaskan.
“Dulu kad pernah hilang, adik jadi mangsa jalan kaki pergi ambil tiket baru, tetiba percuma sebab tak sampai satu jam walhal dah berjam-jam dalam ‘mall’,” kata @Badariah Isa.
“Otak saya tak boleh fikir, macam mana kereta dia boleh keluar dari tempat itu dah dekat tiga jam saya tengok video ini,” ujar @Cenonetecah.
“Ingatkan harga Siakap sahaja mahal, ini harga parking pun sama-sama naik,” @Siti Khatijah.
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 565,400 tontonan dan 23,400 tontonan di dalam TikTok – K! ONLINE.