fbpx

Lemas dicekik punca kematian mangsa pergaduhan Flat Ashby

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa mayat mangsa yang mati dalam pergaduhan di Flat Ashby, Ipoh semalam.

IPOH- Punca kematian lelaki yang maut dalam pergaduhan di pasar pagi dekat Flat Jalan Ashby di sini semalam akibat lemas ekoran tekanan pada bahagian leher.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Datuk Anuar Othman berkata, punca kematian diketahui selepas proses bedah siasat dijalankan ke atas mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini.

“Proses bedah siasat dijalankan pada pukul 9 pagi tadi dan keputusannya menunjukkan sebab-sebab kematian mangsa adalah ‘asphyxia due to neck compression’ atau kelemasan disebabkan tekanan pada bahagian leher.

“Ketiga-tiga suspek yang ditangkap direman tujuh hari sehingga Khamis ini untuk siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dalam pergaduhan dengan tiga suspek.

Ia dikatakan berpunca daripada isu kecurian pembesar suara mudah alih. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI