fbpx

Guru sambilan rugi RM140,000 ditipu ‘pegawai polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang guru sambilan wanita mengalami kerugian RM140,000 ditipu oleh dua ‘pegawai polis’ sebagai bayaran untuk mengurangkan hukuman terhadap abangnya yang disabit kes berkaitan dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia 38 tahun itu menyedari dirinya ditipu setelah suspek meminta membuat bayaran tambahan RM50,000 selepas beberapa hari membuat pemindahan wang.

Raub Selamat

Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan polis dibuat mangsa pada pukul 12.52 tengah hari memaklumkan ditipu dua suspek yang menyamar sebagai pegawai polis, kelmarin.

Katanya, kejadian berlaku pada 11 November lalu ketika mangsa berada di rumah telah didatangi oleh seorang suspek lelaki menaiki sebuah kereta yang mempunyai lambang polis.

“Suspek itu kemudiannya meminta pengesahan sama ada wanita itu mengenali individu bernama Woon Kim Foo iaitu abang kepada mangsa yang telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah.

“Semasa kejadian, suspek itu telah mengarahkan mangsa untuk berhubung dengan seorang lelaki iaitu suspek kedua yang dikenali sebagai Tuan Nazri dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di talian 016-4420728,”katanya di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI