fbpx

Perak boleh dicontohi bagi usaha memulihara alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peter diajar cara-cara membuat beg menggunakan bahan terbuang semasa melawat ke Kinta Heights di Ipoh semalam

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Perak boleh menjadi contoh kepada negeri lain dalam memulihara alam sekitar dengan langkah proaktif ke arah rutin yang lebih bersih bagi kehidupan untuk generasi akan datang.

Duta Jerman di Malaysia, Dr. Peter Blomeyer berkata, negeri Perak sangat maju dalam menjaga kelestarian alam sekitar berbanding negeri lain.

“Misalnya, pelaksanaan program alam sekitar di negeri ini seperti di Taiping telah mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada 2019.

“Sehubungan itu, kesedaran daripada semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diperlukan untuk menyumbang kepada usaha membangunkan bandar itu dengan cara bertanggungjawab terhadap alam,” katanya pada sidang akhbar sempena lawatan dua hari ke Ipoh di Kinta Heights di sini semalam.

Pada lawatannya, beliau turut menanam pokok bagi program Menghijaukan Alam Sekitar Untuk Generasi Masa Hadapan yang dijalankan oleh Persatuan Ipoh City Watch. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI