fbpx

Adam raih tempat ke-8 di Litar Jerez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM bersedia menampilkan tunggangan hebat untuk memburu podium kemenangan pada saingan CEV di Aragon, Sepanyol minggu ini.

PELUMBA negara, Adam Norrodin mengakui melakukan kesilapan pada perlumbaan Kejuaraan Moto2 Eropah CEV di Litar Jerez sebelum menamatkan saingan di kedudukan kelapan semalam.

Pelumba pasukan Liqui Moly Intact SIC Junior Team itu memulakan perlumbaan di petak keenam, namun gagal bermula dengan baik menyebabkan pelumba berusia 22 tahun itu ke­tinggalan di posisi ke-11.

Adam kembali berhempas pulas mengejar kedudukan hadapan sebelum mengakhiri saingan tempat kelapan.

Perlumbaan itu dimenangi pelumba Itali, Yari Montella, manakala tempat kedua milik Alessandro Zaccone (Itali) dan Niki Tuuli (Finland) ketiga.

“Saya kecewa kerana gagal bermula dengan baik pada awal perlumbaan. Saya kembali kejar seorang demi seorang pelumba hadapan dan tamatkan saingan tempat kelapan.

“Saya akan kembali perbaiki kelemahan ini menjelang perlumbaan kedua esok (hari ini),” katanya kepada Kosmo! semalam.

Hasil keputusan itu, Adam kini menghuni tangga kesembilan keseluruhan dalam carta kedudukan Moto2 dengan me­ngutip 34 mata. Montella pula kekal mendahului dengan 125 mata selepas menjuarai lima perlumbaan berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI