SEREMBAN – Seorang wanita yang sebelum ini koma, Jahidah Nordin didakwa dipukul suaminya awal bulan Mei lalu dijangka bakal melahirkan bayi dalam kandungannya secara pembedahan pada 1 Disember ini.
Selepas hampir enam bulan peristiwa hitam itu, Jahidah, 43, yang kini dijaga sepenuhnya oleh adiknya, Fauziah Nordin, 40, menunjukkan perkembangan positif dan bayi dalam kandungannya membesar dengan baik.
Berita berkaitan: Isteri hamil parah dibelasah suami
“Doktor pakar sudah sahkan Kak Jahidah akan dibedah (melahirkan anak) pada 1 Disember ini, tetapi risikonya amat tinggi dan boleh membawa kematian.
Berita berkaitan: Suami kejam dicekup selepas 38 hari
“Kak Jahidah telah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sejak 22 November lalu tetapi kami tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Jelas Fauziah, doktor memaklumkan bahawa kakaknya itu bakal berhadapan pelbagai komplikasi dan pembedahan bersalin nanti akan turut diawasi oleh unit rawatan rapi.