PUTRAJAYA – Sebanyak 48 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini di Malaysia sebanyak 30,195 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam.
“Terdapat 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 6,106 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Kesemua kematian dilaporkan Kelantan (8), Terengganu (8), Perak (6), Sarawak (6), Selangor (5), Sabah (4), Pahang (3), Kedah (2), Pulau Pinang (2), Johor (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Kes aktif mencatatkan 68,755 kes termasuk 55,278 kes dikuarantin di rumah, 7,422 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,539 kes di hospital, 244 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 272 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.
Sebanyak 6,144 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,650 kes), Johor (605 kes), Sabah (513 kes), Kelantan (511 kes), Kuala Lumpur (452 kes), Kedah (442 kes), Pahang (426 kes), Melaka (291 kes), Perak (280 kes), Pulau Pinang (263 kes), Terengganu (233 kes), Negeri Sembilan (180 kes), Sarawak (171 kes), Perlis (46 kes), Putrajaya (43 kes) dan Labuan (38 kes). -K!ONLINE