fbpx

KL City kekal positif ke Stadium Hang Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZHAFRI yakin rakan-rakan sepasukan kekal positif dan bersemangat untuk mengharungi aksi separuh akhir kedua menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

PEMAIN tengah sensasi Kuala Lumpur City (KL City), Zhafri Yahya yakin pasukan dapat mencatat keputusan diharap­kan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat malam ini.

Zhafri yang dianggap sebagai salah seorang pemain pa­ling konsisten KL City musim ini termasuk menjaringkan gol pada aksi bertemu skuad Sang Kancil optimis dengan peluang pasukan di gelanggang lawan.

“Saya yakin rakan-rakan sepasukan kekal positif dan bersemangat mengharungi aksi separuh akhir kedua meskipun keputusan aksi pertama tidak seperti diharapkan.

“Mungkin pada aksi itu pasukan sedikit kepenatan hingga menyebabkan pemain-pemain bermain tidak seperti kebiasaan kerana jurang rehat sedikit berbanding Melaka yang mengharungi kurang dua aksi di peringkat kumpulan.

“Namun, saya pasti peluang kedua-dua pasukan masih terbuka dan apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit kerana kedua-duanya terdesak untuk mara ke final,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Sementara itu, bekas ­tonggak Selangor FC itu ­mengakui terhutang budi dengan kepercayaan yang diberikan oleh Bojan kerana berjaya meningkatkan prestasi peribadi dan pasukan secara keseluruhan.

“Kita boleh lihat ramai pemain semakin meningkat naik prestasi di bawah kendalian Bojan kerana dia tahu posisi sesuai setiap pemain.

“Saya juga puas dengan prestasi semasa tetapi tidak boleh terlalu mendabik dada kerana perjuangan masih belum selesai,” katanya.

Kali terakhir pasukan Kuala Lumpur mara ke pentas final Piala Malaysia adalah ketika menjulang kejuaraan hatrik pada musim 1987 hingga 1989.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI