fbpx

Varian ‘kebal vaksin’ dengan 32 mutasi dikesan di tiga negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Varian digelar B.1.1.529 yang mempunyai 32 mutasi lonjakan itu dikesan di Afrika Selatan, Bostwana dan Hong Kong. – Getty

LONDON – Pakar-pakar memberi amaran mengenai sejenis varian baharu Covid-19 yang dikesan di tiga buah negara serta mempunyai daya tahan yang tinggi dalam melawan vaksin, lapor akhbar Daily Star semalam.

Varian dinamakan  B.1.1.529  itu mempunyai 32 mutasi dan  dikesan di Afrika Selatan, Bostwana serta  Hong Kong. Ia dilaporkan terhasil daripada varian sebelum ini yang dinamakan B.1.1.

Menurut laporan, kes jangkitan buat masa ini masih berada pada kadar dua angka.

Kes yang dikenal pasti di Hong Kong melibatkan seorang individu yang baru pulang dari Afrika Selatan. Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa varian tersebut berkemungkinan telah merebak kepada penumpang pesawat yang dinaiki pesakit terbabit.

Selain itu, bilangan dan kepelbagaian mutasi virus tersebut telah meningkatkan kebimbangan dalam kalangan pakar bahawa ia berpotensi menjangkiti individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Seorang pakar virologi dari Kolej Imperial, Dr. Tom Peacock berkata, mutasi virus baharu itu adalah ‘menakutkan’ jika  dibandingkan dengan varian Delta.

“Saiznya yang panjang dengan jumlah mutasi yang tinggi mencadangkan bahawa varian baharu ini adalah sesuatu yang perlu dibimbangi.

“Dengan terdapat 10 kes dikesan setakat ini, kita perlu memantau rapat perkembangan varian tersebut berbanding menyebarkan rasa panik,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI