fbpx

Anak hadiah jam RM4,200 kepada bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bapa terharu apabila dihadiahkan seutas jam tangan.

PETALING JAYA – Seorang anak yang menghadiahkan seutas jam tangan bernilai RM4,200 untuk bapanya sehingga membuatkan warga emas itu menangis kegembiraan menarik perhatian ramai di media sosial.

Berdasarkan sebuah rakaman klip video berdurasi 47 saat yang dikongsikan lelaki itu menerusi aplikasi TikTok, dia dilihat telah menghadiahkan jam tersebut kepada bapanya.

“Jika ayah pergi ke Alor Setar, pasti dia akan singgah di kedai Jam Shanghai. Ayah cuma mahu cuci mata kerana hendak beli tidak mampu kerana harga terlalu mahal.

“Jadi hari ini, saya hadiahkan jam yang ayah mahukan. Maafkan saya sebab buat korang sedih, saya cuma nak ‘share’ tangisan kegembiraan abah saya. Jam yang saya hadiahkan tak seberapa nak dibandingkan jasa dan pengorbanan abah,” kata lelaki itu yang dikenali Naem Zaimi

Dalam pada itu, beberapa netizen melahirkan rasa terharu dan gembira menyaksikan video tersebut yang dianggap sebagai kasih seorang anak kepada bapa.

“Sumpah saya sedih. Saya tidak sempat nak bahagiakan arwah abah, tapi Allah lebih sayangkan dia. Yang mana ada ayah, sayangilah mereka selagi ada,” jelas @Pakelo_94.

“Menangis saya, memang tidak boleh tengok video yang melibatkan orang tua. Semoga pakcik sentiasa diberikan kesihatan yang baik,” kata @Yattahmad23

“Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan buat abah. Saya tengok reaksi mukanya buat saya terikut hendak nangis. Teringat terus ayah yang berada di kampung,” ujar @de_nrz.watty.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih 1.2 juta tontonan dan 113.3 tanda suka di laman aplikasi TikTok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI