fbpx

Remaja terselamat diculik lelaki naik Kancil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sohaimi

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun hampir menjadi mangsa penculikan yang berlaku di hadapan sebuah sekolah di Taman Molek, Johor Jaya, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, remaja terbabit baharu sahaja turun daripada van sekolah menuju ke sekolah sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali menaiki kereta jenis Perodua Kancil.

Lelaki tempatan tersebut telah memanggil mangsa itu untuk meminta bantuan pelajar Tingkatan Satu itu untuk menghantar satu borang tidak pasti ke sekolah.

Suspek berkenaan bertindak menarik mangsa ke dalam kereta kompak itu setelah remaja itu enggan menuruti permintaannya untuk masuk ke dalam kereta.

“Bagaimanapun, mangsa yang dibawa lari di sekitar Taman Molek berjaya melepaskan diri kira-kira 400 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian itu berlaku dan telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang tular di media sosial.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pelajar perempuan itu sedang berjalan kaki ke sekolah.

Katanya, selepas mangsa berjaya menyelamatkan diri keluar kereta dipandu suspek, dia kemudiannya telah meminta bantuan orang awam menyelamatkannya.

“Dalam kejadian ini, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihak polis sedang giat mengesan suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan orang. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan juga dikenakan denda,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI