PUTRAJAYA – Sebanyak 6,144 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,608,979 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE