fbpx

Dua negeri pantai timur diramal hujan berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Kelantan dan Terengganu diminta berwaspada ekoran amaran hujan berterusan yang diramalkan bermula esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kedua negeri itu akan mengalami hujan berterusan bermula esok sehingga 27 November ini.

“Amaran dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI