fbpx

‘Jangan terlampau obses dedah maklumat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar cabaran di Instagram.

PETALING JAYA – Gara-gara terlalu mengikut trend, orang ramai kini dilihat begitu mudah untuk memberi maklumat peribadi menerusi satu cabaran di aplikasi Instagram tanpa memikirkan risiko keselamatan yang bakal ditanggung.

Antara trend yang menjadi ikutan dan kegilaan di Instagram sekarang adalah memberi maklumat nama anak, berat anak, variasi nama panggilan, tarikh pertunangan dan tarikh perkahwinan.

Beberapa netizen memberitahu, setiap maklumat itu berharga, ia adalah privasi dan hak seseorang yang tidak boleh diketahui orang ramai.

“Bukan sahaja ‘security question’, ia berkaitan juga dengan data-data yang boleh digunakan oleh pihak ketiga seperti untuk pengiklanan, promosi dan penipuan,” jelas @NizamArif.

“Ini jelas soalan kata laluan. Berhati hati semua terutama untuk akaun Instagram awam,” kata @dduejini

“Trend sebegini memerlukan lebih kesedaran. Ia kelihatan menyeronokkan sehingga ada menyedari akaun anda digodam,” jelas @KhairunnisaAsha’ari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI