fbpx

Ramai guru di Johor, Selangor dan KL mahu bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keputusan permohonan pertukaran guru akan diketahui pada 6 Disember ini. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Guru sekolah menengah di Johor, Se­langor dan Kuala Lumpur didapati paling tinggi membuat permohonan untuk keluar bertukar di antara negeri, antaranya di­sebabkan faktor kos sara hidup yang tinggi di negeri-negeri itu.

Jumlah permohonan keluar di Johor ialah 1,435 guru, diikuti Se­langor (1,041) dan Kuala Lumpur (919).

Bagi permohonan masuk ke sekolah menengah tertinggi direkodkan di Kelantan dengan 1,670 pemohon diikuti Terengganu (952) dan Kedah (461).

Berdasarkan statistik pertukaran guru eGTukar bagi sesi Januari 2022 mendapati, bagi sekolah rendah pula, permohonan masuk tertinggi di Kelantan dengan 2,401 permohon diikuti Terengganu (934) dan Perak (926).

Bagi permohonan keluar sekolah rendah pula, permohonan tertinggi direkodkan di Selangor (2,049), Johor (2,014) dan Kuala Lumpur (1,009).

Keputusan permohonan pertukaran ini akan diketahui 6 Di­sember ini.

Seba­nyak 6,623 permohonan masuk dan 7,497 permohonan keluar direkodkan untuk permohonan pertukaran antara negeri bagi sekolah menengah.

“Tentu ramai guru, khususnya yang memohon pertukaran me­lalui eGTukar menunggu tarikh keputusan permohonan tersebut diumumkan.

“Ini juga antara perkara yang sering diajukan kepada saya, terutamanya apabila penggal persekolahan akan berakhir tidak lama lagi,” kata Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin di laman Facebooknya kelmarin.

Menerusi surat pekeliling oleh KPM bertarikh 3 Februari lalu, permohonan pertukaran guru antara bahagian, negeri, daerah dan dalam daerah melalui Modul e-GTukar dibuka mulai 15 ­Februari hingga 28 Mac lalu bagi pertukaran guru sesi Jun 2021 dan Januari 2022.

KPM menetapkan, proses pertukaran guru melalui modul eGTukar bagi tahun 2021 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu sesi Jun 2021 dan sesi Januari 2022 dengan sekali permohonan sahaja.

Keputusan pertukaran boleh diakses melalui Modul eGTukar melalui laman web KPM, https://epgo.moe.gov.my/.

Menurutnya, menerusi sistem itu, pertukaran guru akan dilakukan berasaskan pada kekosongan di negeri-negeri lain dan bukannya permohonan semata-mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI