fbpx

‘Saya tidak pernah keluarkan kenyataan itu’ – Alexander.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mendakwa kenyataan dikeluarkan Alexander bertajuk 'Kerajaan gesa pengguna makan itik dahulu sementara kerajaan terus mengkaji kenaikan harga ayam'.

PUTRAJAYA – “Saya tidak pernah keluarkan kenyataan seperti ini yang tidak sensitif dan seperti mempersendakan rakyat yang sedang dalam kesusahan,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurut beliau, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan seperti di dalam gambar yang ditularkan itu.

“Sebagai seorang yang datang dari kawasan pedalaman di Kapit Sarawak, isu-isu seperti ini sememangnya amat dekat di hati saya dan bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan.

“Saya dan semua warga KPDNHEP amat mengambil serius isu-isu kenaikan harga barangan yang menekan rakyat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Jelasnya, sebagai menteri bertanggungjawab, beliau sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu seumpama ini.

Alexander berkata, jalan penyelesaian ini memerlukan sedikit masa kerana ia melibatkan pelbagai kementerian dan agensi lain sebelum kerajaan dapat memberikan satu penyelesaian yang memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

“Isu kenaikan harga barangan ini sememangnya membelenggu dunia, bukan sahaja Malaysia.

“Ini adalah kesan daripada penularan wabak Covid-19 yang telah melumpuhkan aktiviti ekonomi sejak sekian lama,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai pertanyaan mengaitkan kenyataan dikeluarkan Alexander bertajuk ‘Kerajaan gesa pengguna makan itik dahulu sementara kerajaan terus mengkaji kenaikan harga ayam’. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI