fbpx

Kesihatan awam diutamakan, pandemik sukar dikawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak wajar diadakan lebih awal kerana dibimbangi akan mensia-siakan segala usaha kerajaan dan semua pihak dalam membendung penularan Covid-19 selaras dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, tiada keperluan melaksanakan pilihan raya kerana negara sudah menyaksikan beberapa siri pengalaman bahawa pandemik Covid-19 sukar dikawal.

“Kita tidak boleh mengawal penularan ini. Kalau kita tetap berdegil, maka kita sendiri akan mendedahkan penyakit kepada ramai orang.

“Kalau lihat beberapa negeri seperti Kelantan, kes di negeri itu berwarna merah yang menunjukkan jangkitan wabak masih tinggi. Malah, Kementerian Kesihatan sendiri pun menyatakan kadar jangkitan sudah meningkat.

“Kes kematian yang banyak sudah ada. Jadi, apa lagi bukti yang kita perlukan untuk kita tetap melaksanakan pilihan raya umum?” soalnya ketika dihubungi semalam.

Senada dengan beliau, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Akademi Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran Malaysia, Prof. Madya Dr. Marzuki Isahak pula berkata, pilihan raya umum mesti ditangguhkan sehinggalah keadaan kes jangkitan harian dan yang menerima rawatan di hospital kembali stabil.

Beliau menerangkan, walaupun kadar vaksinasi di negara ini sudah mencapai peratusan yang tinggi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, masyarakat dikhuatiri tetap tidak mematuhi arahan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI