fbpx

Lelaki gelar diri Batman, bantu polis tangkap penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilustrasi karakter superhero Batman. - Getty

STOCKTON, CALIFORNIA – Seorang lelaki yang menjalankan aktiviti membanteras beberapa kes jenayah di bandar Stockton, California sejak beberapa tahun lalu menggunakan kaedah ala Batman mendakwa telah berjaya menangkap seorang pembunuh, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Bruce Wayne’ atau ‘Batman Stockton’ itu menangkap individu tersebut selepas mendapati dia mempunyai ciri-ciri sama seperti seorang individu yang sedang diburu polis bagi dua kes pembunuhan.

Randall Allenbaugh, 29, ditahan polis berkaitan kematian Skyler McConnell, 17 dan Chimera Skaggs, 16 yang ditikam sehingga mati di Lodi minggu lalu.

Menurut ‘Bruce Wayne’, dia hanya mahu keadaan menjadi sama seperti semasa dia kecil.

“Saya membesar di Stockton dan dahulu, keadaannya tidak seteruk sekarang.

“Saya merupakan ‘Batman’ sebenar,” katanya. 

‘Bruce Wayne’ mendakwa mengesan suspek yang menunjukkan tanda-tanda pernah terlibat dengan perlawanan membabitkan pisau dan menahannya sebelum menyerahkan lelaki itu kepada pihak polis.

Pihak berkuasa bagaimanapun hanya berdiam diri berkenaan penglibatan lelaki misteri tersebut dalam tangkapan itu.

“Polis tidak memberi sebarang komen terhadap dakwaan lelaki itu,” kata seorang wartawan dari stesen televisyen CBS Sacramento. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI