TERSEDAK Mizz Lahar ketika membaca kisah mengenai permintaan sebuah syarikat produksi yang menawarkan Rozita Che Wan atau Che Ta yang meletup itu melakonkan watak ibu kepada pelakon Remy Ishak.
Aduh! kata Che Ta, dia tidak kisah untuk melakonkan watak seorang ibu tetapi biarlah relevan dan masuk akal.
“Saya rasa Remy terlalu matang untuk berlakon menjadi anak saya dalam drama tersebut,” katanya.
Rasa-rasanya bukan terlalu matang tetapi terlebih berusia untuk menjadi seorang anak kepada Che Ta.
Lucu pun ada juga jika hendak membayangkang situasi tersebut tetapi ada benarnya apa yang Che Ta katakan, watak biarlah relevan.
Kalau watak mak tiri muda nak kikis harta ayah Remy papa Megah Holding mungkin logik untuk Che Ta.
MIZZ LAHAR: Baru terfikir nak pergi bercuti ke Cameron Highlands, ada pula kes tanah runtuh. Ah, ‘ghisau’!