fbpx

Pemfitnah Chorong terima balasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHORONG

FIRMA guaman yang mewakili Chorong memaklumkan perkembangan kes membabitkan seorang individu yang menyebarkan fitnah terhadap penyanyi itu kini sudah dibawa ke pihak pendakwa raya.

Sebelum ini, individu terbabit pernah menyebarkan fitnah mendakwa penyanyi itu pernah terlibat dalam kes buli ketika zaman sekolah.

“Kes pemfitnah itu sudah diserahkan kepada pendakwa raya kerana mengugut atas penyebaran berita palsu. Dia pernah menyebarkan berita palsu membabitkan kehidupan peribadi Chorong kepada beberapa wartawan pada Mac lalu.

“Dia juga memaksa Chorong berhenti dari industri. Kami sudah memintanya berhenti berkelakuan sebegitu tetapi tidak diendahkan.

“Akhirnya, kami memfailkan saman ke atas individu itu pada April lalu,” kata firma tersebut.

Pihak polis kini berusaha membongkar kebenaran dengan mengumpul bukti sepanjang tujuh bulan lalu, termasuklah merakamkan keterangan daripada kenalan rapat Chorong dan pemfitnah.

“Polis memutuskan bahawa pelaku perlu disabitkan dengan kesalahan memeras ugut. Sebab itu, kes ini dirujuk kepada pendakwa raya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI