PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM3.08 kepada RM3.05 seliter berkuat kuasa esok sehingga 1 Disember depan.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter, begitu juga dengan diesel (RM2.15 seliter).
Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel biarpun harga pasaran sebenarnya telah meningkat melebihi harga siling ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – K! ONLINE