fbpx

Lady Gaga, kandas cinta, sukses karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LADY GAGA

FIGURA ikonik ini pernah menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik pada Academy Awards 2019 menerusi lakonan penuh impak dalam filem A Star Is Born. Watak Ally Maine yang dijayakannya di samping aktor berkaliber, Bradley Cooper yang turut berperanan sebagai pengarah filem terbabit ternyata, membuka lembaran baharu dalam karier seninya.

“Dia (Gaga) seorang sangat berkarisma dan jelita. Semasa saya pertama kali jumpa dia, saya fikirkan, kalau saya tak berusaha memanfaatkannya (kualiti itu), mungkin saya yang akan buat silap.”

Demikian luah pelakon pertama yang ‘bercinta’ dengan Gaga di layar perak, Bradley dalam satu temu bual baru-baru ini.

Katanya, berkerja dengan Gaga dalam A Star Is Born merupakan satu pengalaman hebat. Dia tahu Gaga seorang yang sangat berbakat sedari mula bertemu.

Tahun 2021 mencatat satu lagi detik berharga dan manis buat pemilik nama lengkap Stefani Joanne Angelina Germanotta itu. Dia diberi kepercayaan memainkan peranan ikonik Patrizia Reggiani dalam filem yang dinanti-nanti ramai, House of Gucci.

Meneruskan kecemerlangan dalam dunia seni lakonan, Gaga terus membuktikan versatilitinya apabila awal-awal lagi, sudah bertiup ramalan bahawa sekali lagi dia bakal menerima pencalonan anugerah pelakon wanita terbaik acara ulung dunia tersebut, Oscar kelak.

DISEBABKAN pengalaman lampau, Gaga kini menghadapi fasa post traumatic stress disorder (PTSD), namun semakin sembuh

Oscar sekali lagi

Dalam filem arahan sutradara prolifik, Ridley Scott tersebut, Gaga beraksi di samping bintang handalan dunia, termasuk Adam Driver yang melakonkan watak suaminya, Maurizio Gucci, Jared Leto (Paolo Gucci), Salma Hayek (Giuseppina Auriemma) dan Al Pacino (Aldo Gucci).

“Untuk melakonkan watak Patrizia, saya perlu belajar sayangkan diri.

“Saya juga sedar, cara yang paling menakutkan adalah apabila seseorang itu disakiti, dia akan menyakiti orang lain dan akhirnya memakan diri sendiri,” katanya dalam satu temu bual bersama ET Canada.

Patrizia merupakan bekas isteri pewaris jenama fesyen ternama dunia Gucci iaitu mendiang Maurizio yang meringkuk dalam penjara selama 18 tahun disebabkan jenayah membunuh suaminya itu sekitar hujung 1990-an.

Dalam wawancara program Good Morning America, Gaga mendedahkan, dia langsung tidak terfikir tentang andaian ramai untuk bolos senarai pencalonan Oscar akan datang.

“Rasa teruja dan seronok dapat berada dalam perbualan nominasi Oscar tetapi secara semula jadinya, saya lebih bersikap kompetitif dengan diri sendiri berbanding dengan orang lain.

“Tetapi, saya berasa sangat bersyukur dan sangat berbesar hati untuk terlibat dalam filem ini,” kata pelantun lagu Bad Romance itu.

Ditebak pertanyaan tentang kontroversi yang menyelubungi hidup Patrizia, Gaga memaklumkan, banyak perkara yang sebenarnya disensasikan media antarabangsa tentang wanita itu.

“Ada banyak perkara dalam kalangan media yang disensasikan kononnya dia (Patrizia) seorang ‘pisau cukur’, tentang bagaimana dia membunuh demi ketamakan dan wang.

“Saya percaya dia buat semua itu disebabkan kasih sayang. Saya percaya semua itu survival,” luahnya.

Dedah Gaga, dia menghabiskan waktu selama enam bulan untuk melazimkan dirinya dengan karakter Patrizia terutama dari segi aksen percakapan.

SELEPAS hubungan terakhir juga ikatan pertunangannya dengan lelaki bernama Christian Carino terkandas, wanita berdarah campuran Amerika-Itali itu tidak menoleh ke belakang sebaliknya terus menzahirkan cinta besarnya terhadap naskhah muzik dan filem. – THE HOLLYWOOD REPORTER

Enggan temui Patrizia

“Saya habiskan masa enam bulan bercakap macam Patrizia (dalam aksen Itali). Kemudian, saya buat banyak kajian tentang dirinya sebagai sebagai seorang individu.

“Pun begitu, saya tak nak bertemu mata dengannya (Patrizia) sebab saya boleh beritahu dengan pantas bahawa dia mahu jadi seorang wanita yang digembar-gemburkan atas apa yang dilakukan.

“Dia mahu diingati sebagai pesalah atau penjenayah atas kesalahan yang telah dilakukannya,” tutur Gaga.

Ditanya sama ada benar atau tidak dia belum pernah bertemu Patrizia, jawab Gaga: “Belum. Saya tidak mahu bersekongkol dengan sesuatu yang saya tidak mahu percaya atau terlibat sama.

“Kita semua tahu, dia telah menyebabkan suaminya mati dibunuh.”

Berkongsi tentang kisah cinta dengan teman lelaki baharunya, Michael Polansky, Gaga barangkali sudah banyak belajar daripada kesilapan lampaunya.

Justeru, untuk episod cinta kali ini, dia mengambil pendekatan sedikit berahsia.

FILEM House of Gucci menampilkan buat kali pertama, Gaga berlakon dengan bintang ternama dunia, Adam Driver sebagai pasangan suami isteri.

Cinta

Selepas hubungan terakhir juga ikatan pertunangannya dengan lelaki bernama Christian Carino terkandas, wanita berdarah campuran Amerika-Itali itu tidak menoleh ke belakang.

Tidak menoleh belakang bermaksud, dia bekerja keras dengan segala apa yang dilunaskan dalam kehidupan, selayaknya statusnya sebagai bintang ternama.

Dia melancarkan dua buah album dalam tempoh setahun iaitu Chromatica dan Love For Sale (duet bersama Tony Bennett), dia mengusahakan jenama kosmetik, Haus Laboratories dan terlibat dengan House of Gucci.

Ditemu bual oleh seorang wartawan dalam acara karpet merah promosi filem House of Gucci, Gaga memberi bayangan bahawa hubungan cintanya dengan teman lelaki kekal bersemi dan tiada masalah setakat ini.

“Teman lelaki dan anjing-anjing saya adalah hidup saya secara keseluruhannya,” katanya seraya mendedahkan mereka ‘sekeluarga’ hidup bahagia di Los Angeles, California dalam satu entri media sosialnya.

Ditebak pertanyaan lanjut tentang hubungannya dengan lelaki berkenaan, Gaga menjawab bersahaja dan berlalu pergi dari tempat temu bual: “Apabila bercakap tentang cinta, saya tidak pernah menipu.”

GAGA mengakui pernah dicabul oleh ‘orang penting’ industri Hollywood pada usia 19 tahun.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI