fbpx

Sorok 300 biji pil kuda celah pelepah pokok kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis pil kuda yang dirampas semasa polis menjalankan serbuan di sebuah kebun di Kampung Bechah Menerong, Pasir Mas kelmarin.

PASIR MAS – Taktik seorang penganggur yang menyembunyikan sebanyak 300 biji pil kuda di celah pelepah pokok kelapa tidak berhasil apabila dia akhirnya dicekup semasa polis menjalankan serbuan di sebuah kebun di Kampung Bechah Menerong, di sini kelmarin.

Suspek berusia 41 tahun ditahan pada pukul 5.30 petang semasa anggota polis menjalankan rondaan sebelum melihat lelaki itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, anggota polis terus menahan suspek dan menjalankan pemeriksaan ke atas tubuh badan lelaki itu sebelum menemui empat biji pil kuda di dalam genggaman tangan kanannya.

Menurutnya, polis terus menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan kebun itu dan menjumpai satu bungkusan plastik berwarna hijau di celah pelepah pokok kelapa.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan itu mendapati ia mengandungi sebanyak 300 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM3,000.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku kesemua pil kuda itu miliknya. Suspek turut mendedahkan, dia mendapatkan bekalan dadah-dadah itu daripada seorang lelaki yang tinggal di Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai empat rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) seksyen sama. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI