fbpx

Kedai alat ganti kereta musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran di sebuah kedai alat ganti kereta petang tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai alat ganti kereta musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Kampung Pasir, Taman Segambut, di sini hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.50 petang.

“Susulan itu, anggota dari lapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dibantu BBP Sentul, Sri Hartamas, Hang Tuah, Titiwangsa, Taman Tun Dr. Ismail, Wangsa Maju dan Seputeh dengan kekuatan 83 anggota telah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan kedai menjual alat ganti kereta terpakai (half cut) yang berkeluasan 40×100 kaki, terbakar hampir 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, operasi pemadaman melakukan teknik offensive dan defensive dengan membahagikan pasukan pemadam kepada beberapa bahagian untuk mengelakkan kemerebakan yang lebih besar.

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan setakat ini dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI