fbpx

Ikan karnivor hilang 20 batang gigi setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan karnivor ini mempunyai sebanyak 555 batang gigi tajam untuk melapah mangsanya. - Facebook

TAMPA, FLORIDA – Sekumpulan saintis baru-baru ini mendapati ikan lingcod yang hidup di Lautan Pasifik akan hilang sehingga 20 batang gigi  pada setiap hari sebagai cara untuk mengekalkan ketajaman giginya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Ikan pemangsa yang ganas ditemui itu mempunyai sebanyak 555 batang gigi tajam untuk melapah mangsanya.

Berbanding gigi kacip, geraham dan gigi taring yang sering dilihat, ikan tersebut mempunyai beratus-ratus gigi tajam hampir mikroskopik yang melapisi rahangnya.

Sebelum ini, maklumat mengenai bilangan giginya yang banyak itu telah diketahui sejak sekian lama.

Bagaimanapun, saintis baru mengetahui bahawa ikan tersebut kehilangan berpuluh-puluh batang gigi setiap hari yang tumbuh semula dengan pantas.

“Ia amat hebat apabila mengetahui bahawa gigi ikan lingcod  mampu diganti semula dengan pantas. Pada anda, keadaan itu sama seperti situasi bangun dari tidur setiap hari dan kehilangan sebatang gigi,” kata penulis bersama kajian, Karly Cohen. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN