PUTRAJAYA – Sebanyak 10 kluster baharu dikenal pasti, menjadi antara penyumbang kepada 5,594 kes harian negara yang dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 kes import dengan angka keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,597,080 kes.
“Dalam masa sama, sebanyak 85 kes (1.5 peratus) melibatkan kategori tiga, empat dan lima serta 5,509 kes (98.5 peratus) kategori satu dan dua.
“Terdapat 4,908 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,498,345 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Ujarnya lagi, sebanyak 532 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 266 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE