fbpx

Beri Carrick peluang kemudi Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARRICK (kanan) perlu membuktikan kemampuan selepas mendapat peluang untuk mengemudi United. – AFP

LONDON – Bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov mengakui bahawa bekas pasukannya itu wajar mengekalkan kedudukan Michael Carrick sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim ini.

Carrick mengambil alih tanggungjawab menguruskan pasukan itu selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer dan ketika ini kelab berdepan kesukaran mendapatkan calon terbaik bagi mengisi kekosongan itu.

Ketika kelab itu menyasarkan untuk membawa masuk Ketua Jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino, Berbatov mengakui lebih tertarik untuk melihat Carrick diberi tanggungjawab itu sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim ini.

Ia berikutan kemungkin Pochettino tidak akan dilepaskan secara mudah oleh majikannya musim ini ketika mereka sedang berusaha memburu kejuaraan Ligue 1 dan Liga Juara-Juara.

Berbatov yakin yang Carrick adalah individu tepat untuk mengetuai pasukan itu untuk kembali ke prestasi terbaik.

“Jika United mahu melantik jurulatih sementara untuk baki musim ini, Michael Carrick adalah orangnya.

“Dia sudah pun berada di kelab ini untuk tempoh yang lama, bermula sebagai pemain, kemudian sebagai jurulatih di bawah Jose Mourinho dan Solskjaer.

“Saya cukup mengenali Carrick dan beliau banyak belajar daripada individu terbaik.

“Beliau seorang pemimpin berpengalaman dan dihormati oleh rakan profesional lain.

“Pemain akan mendengar apa yang dikatakan dan bermain untuknya,” kata Berbatov. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI