fbpx

RM1.756 bilion naik taraf infrastruktur Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (dua dari kanan) dan Amirudin (dua dari kiri) pada sidang akhbar pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi jelajah Pasca RMK-12, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

SEPANG – Kerajaan memperuntukkan RM1.756 bilion untuk negeri Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan untuk tahun 2022 itu adalah bagi membiayai projek sambungan dan projek baharu aset-aset kerajaan.

Beliau berkata, sebanyak RM1.684 bilion daripada peruntukan itu melibatkan projek sambungan manakala baki RM72 juta adalah untuk projek baharu.

“Peruntukan untuk projek sambungan termasuk untuk menaik taraf jalan raya, pembinaan jalan baharu di Serendah, pembinaan pusat kardiologi Hospital Serdang dan pembinaan Hospital Tanjung Karang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi jelajah Pasca RMK-12, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di sini hari ini.

Mustapa berkata, kerajaan mengambil maklum tentang isu infrastruktur yang dibangkitkan oleh Menteri Besar dan menegaskan, bagi menjadi negara berpendapatan tinggi, kerajaan berusaha menyediakan infrastruktur terbaik kepada rakyat termasuk kemudahan air, jalan raya, sekolah dan hospital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI