fbpx

Tular lelaki mengaku dirinya dewa, kritik Presiden Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini mengakui dirinya seorang dewa yang wujud sebagai manusia. - Twitter

JAKARTA – Seorang lelaki yang mengakui dirinya merupakan seorang dewa menjadi tular di media sosial kerana mengaku mahu menentang Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), lapor laman berita Suara.com semalam. 

Video pengakuan lelaki itu dimuat naik oleh akaun Twitter @emile_guys dan sudah ditonton lebih 920,000 kali. 

“Dewa yang wujud sebagai manusia dan mahu jadi terkenal,” demikian kenyataan yang dimuat naik oleh akaun itu. 

Dalam video tu, lelaki tersebut mengakui dirinya merupakan seorang dewa dan berkata bahawa Jokowi tidak sepatutnya menjadi presiden. 

“Saya merupakan seorang dewa yang wujud sebagai manusia dan mahu mengingatkan semua bahawa Jokowi tidak layak menjadi presiden,” katanya yang mendakwa Jokowi tidak pandai mengawal pandemik Covid-19. 

Malah, dia membandingkan dirinya dengan presiden itu dengan mengatakan dia merupakan juara pertandingan berenang dan bersara pada usia 37 tahun dalam keadaan kaya raya. 

Dia turut mengakui dibayar sebanyak satu bilion rupiah (RM294,092 juta) sehari dan mempunyai rumah dan pejabat di Singapura. 

Netizen kemudian membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pendapat. 

“Tolong periksa harta lelaki ini, “ komen seorang netizen. 

“Mungkin lelaki ini ‘dewa judi’ di mana perniagaannya terkesan oleh polis kerajaan, “ komen seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI