fbpx

Changmin tangguh majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHANGMIN

SELEPAS mengejutkan peminat dengan pengumuman perkahwinannya pada Jun lalu, penyanyi Changmin berkongsi perkembangan terkini dengan memberitahu bahawa perancangan tersebut terpaksa ditunda berikutan pandemik Covid-19.

Anggota kumpulan TVXQ itu dijadualkan melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya yang merupakan wanita biasa pada 5 September depan.

“Atas keprihatinan terhadap penularan Covid-19, majlis perkahwinan Changmin bersama kekasihnya pada 5 September depan akan ditunda.

“Dia sedang memilih tarikh baharu dengan berbincang terlebih dahulu bersama keluarga kedua-dua belah pihak,” ujar agensi SM Entertainment mengesahkan perkara berkenaan.

Penularan Covid-19 di Korea Selatan masih berada pada tahap membimbangkan selepas berlaku peningkatan kes secara mendadak hingga menyebabkan rakyat negara tersebut diwajibkan memakai pelitup muka.

Berikutan itu, beberapa selebriti yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan turut menerima tempias apabila terpaksa menunda majlis mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI