fbpx

Beberapa syarat RTK dilonggarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) melonggarkan beberapa syarat dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) selepas ia dipersetujui dalam mesyuarat pada 26 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kelonggaran syarat itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-6 Bil 2/2021.

Beliau berkata, syarat baharu itu termasuk memberi kelulusan kuota sebanyak 70 peratus daripada jumlah permohonan yang melepasi saringan verifikasi di Bahagian Penguatkuasa.

“Manakala baki 30 peratus tertakluk kepada keputusan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Kementerian Sumber Manusia.

“Selain itu, kebenaran kepada majikan di dalam sektor pembinaan, pertanian, perkilangan, perladangan dan perkhidmatan (subsektor restoran, kargo, borong dan runcit serta pembersihan dan pencucian) telah diperluaskan kepada sektor-sektor lain kecuali kepada sektor yang dibekukan.

“Pada masa sama, syarat kelayakan pendatang tanpa izin (PATI) pula diperluaskan kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang yang telah tamat tempoh,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, PATI yang telah dikeluarkan pelekat PLKS di dalam Program Rehiring dan 6P yang telah tamat tempoh juga dibenarkan untuk menyertai Program RTK.

Khairul Dzaimee berkata, syarat kelayakan umur PATI semasa permohonan dikemukakan juga telah dipanjangkan dari umur 18 tahun hingga 45 tahun kepada 18 tahun hingga 49 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI