fbpx

Penyeludupan daun ketum lebih rancak di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar (dua dari kiri) bersama Rosman (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas sepanjang penugasan Op Benteng sejak 24 Oktober lalu.

BUKIT KAYU HITAM – Sindiket penyeludupan daun ketum dikesan lebih rancak melakukan kegiatan jenayah itu di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis berbanding Kedah sejak kebelakangan ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, Superintendan Azhar Hashim memberitahu, situasi itu berdasarkan kejayaan anggota merampas empat tan daun tumbuhan itu di kawasan sempadan di Perlis dalam masa sebulan.

Katanya, kesemua daun ketum dianggarkan bernilai RM120,000 tersebut dirampas dalam 10 kejadian berasingan di kawasan kebun dan semak sekitar Wang Kelian, Chuping, Padang Besar dan Bukit Wai, Kuala Perlis.

“Kita melihat sindiket ini juga beralih ke kawasan hutan di sekitar Wang Kelian berbanding sepanjang pagar sempadan di Padang Besar dekat sini dan Bukit Kayu Hitam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai kejayaan Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia-Thailand di Kompleks Aksem Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Asisten Komisioner Rosman Kasman dan Pegawai Pemerintah Unit Berkuda, Deputi Superintendan Nurhidayah Damanhoori. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI