fbpx

Tiada kes kematian akibat pengambilan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada kes kematian dapat dikaitkan dengan pengambilan vaksin Covid-19 meskipun terdapat 535 kes kematian direkodkan dalam kalangan penerima vaksin.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia berdasarkan hasil penilaian kasualti melalui post mortem yang dilakukan.

“Terdapat 535 laporan yang merekodkan kes kematian dalam kalangan penerima vaksin.

“Namun begitu setelah penilaian kasualti dijalankan sehingga kini tiada kes kematian dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin yang diberikan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan R. Sivarasa (PH-Sungai Buloh) sama terdapat kes kematian dan kesan negatif yang dikaitkan secara langsung kepada pemberian vaksin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI