fbpx

Pesawah parah dipukul, dituduh curi burung tekukur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burung tekukur. GAMBAR HIASAN

PASIR MAS – Seorang pesawah parah dipukul dengan tukul besi oleh dua rakan sekampungnya selepas dituduh mencuri seekor burung tekukur dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Kampung Banggol Petaling, di sini kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 37 tahun cedera parah pada bahagian kepala, leher, lutut kanan, lebam, calar di belakang badan selain jari manis dan kelingkingnya patah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kejadian itu diketahui oleh bapa mangsa apabila dimaklumkan oleh rakan anaknya.

Menurutnya, bapa mangsa terus bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati anaknya terbaring kesakitan akibat dipukul kedua-dua suspek.

“Bapa lelaki berkenaan bersama beberapa orang jiran telah mengangkat dan membawanya ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

“Berdasarkan laporan yang diterima, polis telah menahan dua suspek berusia 41 dan 26 tahun yang merupakan rakan sekampung mangsa. Berdasarkan soal-siasat, mereka mengaku memukul mangsa dengan tukul besi pada bahagian kepala dan badan semasa bergelut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, siasatan turur mendapati, kedua-dua suspek bertindak memukul mangsa selepas mendakwa lelaki itu mencuri burung tekukur milik salah seorang daripada mereka.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI