fbpx

Fon telinga asingkan bunyi bising persekitaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANTI ini membolehkan pengguna memilih semaksimum atau seminimum bunyi di persekitaran yang ingin didengari.

SYARIKAT pengeluar peranti audio, Jabra baru-baru ini melancarkan rangkain set fon kepala Evolve 75.

Peranti itu direka khusus untuk menjadikan gaya kerja fleksibel lebih mudah dan produktif untuk semua orang walaupun berada di mana-mana sahaja.

Set fon kepala Evolve 75 dapat memaksimumkan fleksibiliti dengan meningkatkan tumpuan menerusi panggilan yang benar-benar jelas serta muzik yang paling sesuai dalam apa jua persekitaran.

Jabra telah mereka bentuk padanan ergonomik yang unggul menerusi pembaharuan reka bentuk kusyen kulit tiruan berkembar untuk meningkatkan pengudaraan dan mengurangkan tekanan pada telinga.

Ia mengoptimumkan kelengkungan dan lapik cekak untuk memastikan set fon kepala kekal di tempatnya.
Selain itu, Evolve2 75 merupakan set fon kepala Evolve pertama daripada Jabra yang menyertakan pembatalan hingar aktif (ANC) termaju.

Ia boleh dilaraskan sepenuhnya supaya pengguna dapat memilih sebanyak mana atau seminimum mana bunyi persekitaran yang ingin didengari.

Butang HearThrough membolehkan pengguna mendengar bunyi di sekeliling apabila perlu.

Dalam pada itu, Evolve 75 juga dilengkapi dengan teknologi lapan mikrofon yang berganding dengan algoritma yang dijana oleh cipset tiga serangkai Jabra.

Ini bagi membezakan suara dengan bunyi bingit di sekeliling dengan lebih jitu supaya dapat menghasilkan panggilan paling jelas.

Di samping itu, peranti ini turut disertakan dengan fungsi Busylight dengan darjah penglihatan 360 darjah yang dipertingkatkan bagi situasi yang memerlukan tumpuan sepenuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI