fbpx

Warga emas maut tersepit kepala lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan pasukan keselamatan sedang mengeluarkan seorang pemandu lori yang tersepit ekoran terbabas sendiri dalam kejadian di kilometer 15 Jalan Lahad Datu – Tawau semalam. -Foto Ihsan Bomba

LAHAD DATU – Seorang lelaki warga emas maut akibat tersepit di bawah kepala lori dipandunya dalam kejadian di kilometer 15 Jalan Lahad Datu – Tawau semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.05 petang itu, mangsa berusia 61 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia selepas hampir dua jam menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, lori terbabit membawa muatan batu dan dipandu dari arah Tawau menuju ke Lahad Datu.

“Bagaimanapun, lori terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan ketika menuruni bukit dilokasi kemalangan.

Akibat kejadian itu, pemandu lori tersepit di bawah kepala lori sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI