fbpx

Jakim bangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Halal – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap sebelum merasmikan Sidang Halal 2021 hari ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang membangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Halal yang akan menjadi pangkalan data halal di negara ini dengan kos pembangunan bernilai RM3.4 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu akan merangkumi enam sistem iaitu MYeHALAL (Domestik), MYeHALAL (International), Sistem Cetakan Sijil Elektronik (e-Cert Print System), Malaysia International Halal Authority Board (MyIHAB), Modul Permohonan Rumah Sembelihan Luar Negara dan Modul Pengurusan Ramuan Produk Halal Malaysia (MyHALAL Ingredients).

“Contohnya melalui MyIHAB, JAKIM dapat mengawal selia 84 badan pensijilan halal luar negara, daripada 46 buah negara yang diiktiraf oleh Jakim.

“Insya-Allah, melalui perancangan yang dijangka bermula pada tahun 2023 nanti, Keluarga Malaysia akan dapat menyemak status halal produk daripada luar negara melalui sistem ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Halal Kebangsaan 2021 hari ini.

Persidangan Halal Kebangsaan 2021 mengangkat tema Halal Malaysia: Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi Negara.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, Jakim juga sedang membangunkan dua inisiatif iaitu Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Antarabangsa) dan Modul Eksekutif Halal Antarabangsa.

Jelasnya, ia sebagai langkah untuk memperkasakan sijil halal Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi Program Pengantarabangsaan Persijilan Halal Malaysia yang antara lain membolehkan pemain industri dari luar negara memohon persijilan halal Malaysia secara langsung daripada Jakim.

“Pada masa yang sama, kerajaan juga akan memberi keutamaan untuk memperkasakan usahawan halal bumiputera melalui program bimbingan dengan melibatkan beberapa kementerian berkaitan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI