fbpx

Lelaki kerat dua jari kemaruk jadi ‘makhluk asing hitam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loffredo sering berkongsi gambar-gambarnya di laman Instagram terutamanya selepas dia menjalani pembedahan untuk mengubah suai keadaan fizikalnya. - Instagram/@the_black_alien_project

PARIS – Seorang lelaki yang tular kerana mengubah suai keadaan fizikalnya untuk menjadi seperti ‘makhluk asing hitam’ dilaporkan mengerat dua batang jarinya bagi mendapatkan tangan yang kelihatan seperti mempunyai cakar, lapor akhbar New York Post semalam.

Anthony Loffredo, 33, menjalani pembedahan terbaharu itu sebagai sebahagian daripada beberapa siri prosedur pembedahan yang dilakukan untuk mengubah suai bentuk badannya.

Sebelum ini, dia telah melakukan beberapa pengubahsuaian termasuk membuang hidung dan bahagian atas bibir, membelah lidah, mencacah tatu pada seluruh badan dan anak matanya serta membuang telinga untuk kelihatan seperti makhluk asing.

Dia juga sering berkongsi keadaan rupa fizikalnya di laman Instagram menggunakan akaun Black Alien Project dengan memaparkan imej-imej baharu setiap kali dia melakukan pembedahan.

Meskipun telah melakukan pelbagai pengubahsuaian, Loffredo berkata, semua itu sebenarnya hanya 34 peratus daripada misi keseluruhannya untuk mengubah diri menjadi makhluk asing.

“Saya berasa tenang (dengan mengubah suai rupa fizikal),” katanya pada keterangan gambar yang memaparkan keadaan tangannya selepas jarinya dikerat.

Menurut Loffredo, sejak usia muda, dia sememangnya mempunyai minat mendalam mengenai mutasi dan pengubahsuaian tubuh badan manusia.

“Saya gemar ‘melakonkan’ watak menyeramkan. Saya sering duduk di mana-mana lokasi dan menjiwai karakter tersebut terutamanya ketika waktu malam di jalan yang gelap,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI