fbpx

11 individu terkandas akibat kejadian kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dari BBP Bukit Sentosa sedang berusaha membawa keluar 11 mangsa yang terkandas di lokasi.- Foto IHSAN BOMBA

HULU SELANGOR – Seramai 11 individu dilaporkan terkandas susulan kejadian kepala air di kawasan air terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali menghala Genting, dekat sini lewat petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 7.26 malam.

“Seramai lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian pukul 7.40 malam didapati kejadian kepala air telah berlaku di Sungai Pinang susulan hujan lebat di lokasi pada petang tadi,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, seramai 11 mangsa telah terkandas di seberang sungai dan mereka berada dalam keadaan selamat dengan berlindung di pondok yang mempunyai bekalan elektrik.

“Bagaimanapun identiti kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

“Pihak bomba ketika ini sedang berusaha keras untuk menyelamat dan membawa keluar kesemua mangsa yang terkandas,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI