fbpx

Baddrol tekad julang Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADDROL (kiri) yang dipanggil menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan sedia memberikan impak dan prestasi terbaik dalam membantu Malaysia menjulang trofi Piala AFF Suzuki edisi kali.

KAPTEN Kedah Darul Aman (KDA) FC, Baddrol Bakhtiar bertekad membantu Harimau Malaya untuk mendakap semula trofi Piala AFF Suzuki edisi kali ini sekali gus menamatkan pe nantian 11 tahun sejak memenanginya pada 2010.

Baddrol, 33, berharap percubaan keempatnya kali ini mampu menghadiahkan kenangan manis dalam kariernya selepas membuat penampilan Piala AFF sewaktu edisi 2012, 2014 dan 2016.

“Saya ingin tebus balik selepas digugurkan saat-saat akhir ke­rana kecederaan semasa zaman kita menang Piala AFF di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal pada 2010.

“Saya dapat juga panggilan dalam edisi-edisi selepas itu tetapi saya jarang mendapat peluang diturunkan.

“Kali ini, saya mahu memberikan prestasi terbaik untuk menang sesuatu buat keluarga dan juga karier saya,” kata pemain tengah itu yang akan melapor diri bersama Harimau Malaya esok.

Baddrol kembali menemui ­prestasi terbaiknya apabila muncul pemain tempatan paling banyak menjaringkan gol iaitu tujuh gol bersama Kedah musim ini sekali gus membantu skuad He­lang Merah itu muncul naib juara Liga Super.

Kecemerlangan itu menyaksikan nama Baddrol kini hangat dikaitkan dengan spekulasi perpindahan ke Sabah FC musim depan untuk membuat reunion bersama jurulatih kelab itu, Datuk Ong Kim Swee.

Bagaimanapun, Baddrol perlu memastikan dia berada dalam senarai akhir 24 pemain daripada 28 nama dipanggil menyertai latihan pusat sebelum berlepas ke Singapura menghadapi Piala AFF Suzuki dari 5 Disember hingga 1 Januari tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI