fbpx

Kompaun individu meningkat, ramai alpa SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Masih ramai penduduk Malaysia yang alpa terhadap pengamalan prosedur operasi standard (SOP) sebagai pencegahan Covid-19 seterusnya berisiko tinggi untuk menyebarkan atau mendapat jangkitan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-46, terdapat peningkatan sebanyak 37 peratus melibatkan kompaun dikeluarkan kepada individu berbanding pada ME ke-45.

“Sebanyak 344 kompaun telah dikeluarkan kepada individu pada ME ke-46 iaitu peningkatan 37 peratus berbanding 251 kompaun dikeluarkan pada minggu sebelumnya ME ke-45.

“Secara keseluruhan, sebanyak 373 kompaun dikeluarkan pada ME ke-46 dengan 29 daripadanya ialah pertubuhan perbadanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, sebanyak 66 penutupan premis telah dilaksanakan tindakan iaitu meningkat 1.6 peratus berbanding 63 penutupan pada minggu sebelumnya.

Tambahnya, aktitivi penguatkuasaan tersebut dijalankan mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, kesalahan yang dikenakan kompaun melibatkan gagal memakai pelitup muka (56 kompaun), gagal mengamalkan penjarakan fizikal (19 kompaun), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (dua kompaun) serta pemilik premis tidak menyediakan peralatan suhu atau peralatan saringan suhu tidak berfungsi (satu kompaun).

Seterusnya, individu gagal menggunakan aplikasi MySejahtera atau mencatatkan nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis (233 kompaun) dan lain-lain kesalahan di bawah Akta 342 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya (62 kompaun). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI