fbpx

Lembu ‘merayau’ di Pasir Puteh undang bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehadiran lembu-lembu yang kerap berkeliaran di kawasan jalan utama di Gong Kulim ke bandar Pasir Puteh.

PASIR PUTEH – Kehadiran lembu-lembu yang kerap berkeliaran di kawasan jalan utama di Gong Kulim ke bandar Pasir Puteh di sini sering mengundang kemalangan melibatkan pengguna jalan raya.

Penduduk Kampung Gong Kulim di sini mendakwa, lembu-lembu itu sering melintas jalan di sekitar kawasan jambatan Gong Kulim pada waktu malam untuk mencari makanan.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya tidak sempat mengelak sebelum me­rempuh ternakan tersebut.

Seorang pengguna jalan raya, Abdul Samad Ismail, 45, berkata, setakat ini, kemalangan maut masih belum berlaku di kawasan itu, namun ramai yang cedera parah terutamanya penunggang motosikal apabila merempuh ternakan itu yang tiba-tiba melintas jalan raya.

“Pemilik lembu-lembu itu dipercayai melepaskan ternakan mereka untuk mencari makan pada waktu malam.

“Mereka tidak berani melepaskan lembu pada siang hari kerana khuatir akan ditangkap pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Namun, tindakan ini amat berbahaya kepada pengguna jalan raya,” katanya yang sering berulang-alik dari Pelabuhan Tok Bali ke Selising di sini menggunakan laluan itu.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Fadzil Abdullah, 20, mendakwa, kereta jenis Perodua Axia miliknya pernah mengalami kerosakan selepas merempuh lembu yang melintas jalan raya di kawasan itu baru-baru ini.

“Tiada penternak yang akan mengaku lembu itu milik mereka jika berlaku kemalangan kerana tidak mahu menanggung kos ganti rugi kerosakan kereta mang­sa yang terlibat.

“Kadangkala sekumpulan lembu yang berkeliaran di atas jambatan Gong Kulim antara pukul 12 malam hingga awal pagi pernah melebihi 30 ekor,” ujarnya.

Fadzil berkata, satu operasi khas menangkap lembu di kawasan itu perlu dilakukan pihak berkuasa bagi mengelakkan berlakunya kemalangan maut selain memberi pengajaran kepada penternak yang degil.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI