fbpx

PM kecewa kerajaan negeri tidak sehaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Muhyiddin (dua dari kanan) sempena Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam persekutuan Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa kecewa berikutan kerajaan Sabah tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan di bawah pimpinannya.

Beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya kerajaan negeri dapat bekerjasama bersama kerajaan pusat dalam satu pasukan.

Menurutnya, persefahaman antara negeri dan persekutuan mampu memberi kesan besar dalam pelbagai aspek.

“Sebanyak RM22 juta diberikan kepada Sabah merangkumi pelbagai peruntukan dalam bidang sosio ekonomi Rancangan Malaysia Ke-11.

Malahan negeri ini turut diberikan perhatian dalam bidang industri, pendidikan, pelancongan dan pertanian sekaligus membuktikan Sabah tidak diabaikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam persekutuan Negeri Sabah hari ini.

Muhyiddin berkata, pihaknya sedikit kecewa kerajaan negeri tidak sebaris dan sehaluan.

“Bayangkan jika Sabah sehaluan, ini bukan politik ia realiti. Dia (Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) kawan baik saya yang begitu lama. Dulu sama-sama satu landasan, pernah jadi menteri,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI