fbpx

Warga OKU UiTM dibantu tingkatkan kemahiran diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roziah (tiga dari kiri) dan Abu Hassan (dua dari kiri) menunjukkan MoU yang ditandatangani sambil turut disertai Ras Adiba hari ini.

SHAH ALAM – Seramai 534 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) akan dibantu meningkatkan kemahiran diri dan pendidikan mereka di universiti berkenaan.

Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, langkah itu menerusi kerjasama bersama syarikat Richiamo Coffee Sdn.Bhd. dan Kumpulan Awan Biru Teknologi Berhad (Awantec Berhad) dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif pendidikan melalui online dan bekerja di Richiamo Coffee.

Katanya, kesemua OKU terlibat terdiri daripada pelajar dan alumni, kakitangan dan staf yang mempunyai tanggungan OKU.

“Ini merupakan tanggungjawab, komitmen dan kepedulian UiTM terhadap warganya yang merupakan OKU.

“Secara langsung, membolehkan golongan OKU dilibatkan dalam program meningkatkan kemahiran mereka sebagai tambahan pendidikan akademik,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau mewakili UiTM menandatangani dan melakukan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif Awantec Berhad, Dr.Abu Hassan Ismail dan Pengarah Urusan Richiamo Coffee, Muhd. Zamry Abu Samah yang turut dihadiri Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Mengulas lanjut, Roziah menjelaskan, antara projek yang sedang dijalankan termasuk Upskilling Programme for OKU & B40: No One Left Behind” dalam membantu seramai 120 pelajar OKU dan 80 pelajar B40.

“Di samping itu, projek keusahawanan Sosial Richiamo Coffee Sdn. Bhd turut menunjukkan kejayaan dengan penyertaan OKU di tiga cawangan UiTM,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI