PUTRAJAYA – Tujuh lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini, dengan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 233 kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian pula merekodkan di bawah angka 5,000 dengan 4,885 kes termasuk 18 kes import, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 2,591,486 kes.
“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 91 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,794 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.
“Kes sembuh merekodkan sebanyak 5,628 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,493,437 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Tambah beliau, terdapat 549 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 274 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE