Oleh NIA AMIRA NAJWA AZMI
PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita memuntahkan air kopi kerana dipercayai kononnya tidak suka minuman itu dikecam netizen di media sosial baru-baru ini.
Berdasarkan sebuah klip video berdurasi 15 saat yang dikongsikan wanita itu di TikTok, dia dilihat memuntahkan semula air kopi yang diminumnya di tempat awam.
Pada awalnya, reaksi wanita itu kelihatan biasa sahaja ketika minum air kopi tersebut, tetapi tiba-tiba dia memuntahkan semula air itu.
Susulan perkongsian itu, ramai netizen mengecam tindakan wanita tersebut yang didakwa tidak menghormati ‘rezeki’ dan berkelakuan tidak senonoh.
“Kalau rasa memang tak boleh nak minum, terus pergi tandas atau pakai tisu, awak dekat tempat awam, tak elok kalau berperangai macam itu,” ujar @Icelatte5.
“Masalahnya air itu sudah (habis) suku, tetapi selepas (sudah) nak habis baru rasa loya, lambat betul ‘effect’ (kesan), baru lepas kena Covid-19,” kata @mohdfir06.
“Walaupun saya tak minum kopi, tetapi tak adalah sampai ‘nazak’ macam ini sekali,” ujar @mhd_sufyann pula.
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih dua juta tontonan dan 58,700 tanda suka di laman aplikasi TikTok. – K! ONLINE