fbpx

Selangor sedia hadapi gelombang baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri bersedia menghadapi gelombang baharu dalam penularan Covid-19 susulan tahap imun vaksinasi yang makin menurun.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, ini termasuk kelulusan peruntukkan RM10juta dari kerajaan negeri dalam memantau mereka yang positif di rumah melalui pusat penilaian covid-19 (CAC) digital SELangkah.

“Ini supaya kita dapat kesan dan rawat awal serta tidak mahu ada meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dan sebagainya kerana kuman masih ada di kalangan kita.

“Varian kita tidak tahu pada masa depan, hari itu setakat kategori tiga sahaja namun baru-baru ini sampai kategori lima mereka yang telah vaksin, namun tidak ramai.

“Apabila tempoh pengambilan bagi dos vaksin kedua telah melebihi (enam bulan),jadi takut risikonya macam orang tidak ambil vaksin juga terutama sekiranya tahap antibodi turun sehingga ke bawah sangat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan talian hotline SELamat di sini hari ini.

Justeru, beliau menegaskan pengambilan dos penggalak kepada warga emas dan komorbid adalah penting bagi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.

“Ya, tidak mustahil gelombang baharu sebab manusia begitu rancak bergerak ke pelusuk ceruk dan kita mungkin mereka yang terjangkit dan kita dijangkiti. Jadi sentiasa mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) kita,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Klinik Kesihatan akan bertindak sebagai CAC selepas penutupan CAC sedia ada dimulakan di CAC Petaling (Stadium Malawati) sebelum ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI